Saturday, May 28, 2011

kebenaran disebalik topeng kebahagiaan diriku...

0 comments
untuk kawan2 aku, bile korang trserempak ngan aku, mesti korg tgk aku ceria je kan? tpi, disebalik topeng aku tuh, tersimpan banyak dugaan...
alhamdullillah, buat mase ni, ramai kawan2 aku tolong aku menghadapi masalah ni, aku bersyukur sangat2.. btw, masalah yang susah aku nak terima ialah kehilangan awek aku. Alhamdulillah, Allah dah berikan hidayah kpd aku, n aku bleh trime kenyataan.. skrg, die ngan org lain, sekampung ngan die, n aku tau aku dh dipermainkan cinte palsu die (aku agk je, tpi, aku rse mmg btol, skrg ni die sombong bile nmpk aku) hoho, ok, die dh block aku sjk 2 bulan yg lepas. aku ni plak ade byk acc. fb. then tdi, aku on fb aku, n ttibe trkeluar status ex aku tuh. aku un bkk la profile die, scroll dri hulu facebook smpai ke hilir, lalu trjumpe lah aku note die.. aku trsentuh jgak bace note tuh, walaupun aku tau, note tuh bknnye ade kne mngene ngan aku un, ye lah kan, dah la die tngglkn aku mcm tu je. bgi aku, xpe la, jnji die bhagie ngan pakwe baru die tuh. haihh, kecewa btol aku ngan die uh, die ingt aku ni patung mainan ke? kalau ye, no hal lah, tpi aku ni mnusie, ade perasaan jgak. x mngape lah, dah itu lah hakikatnye. untuk kebaikan die, aku xnk bgi name die, maka conclusion die ialah, aku msih sygkan die, walwpun aku dh x skekan die (ske lah sket2). klau kau bace, aku nk minx maaf klau aku dh tuduh kau ke, tpi, aku tetap sakit hati dengan care kau layan aku. lets bygone be bygone, aku nak minx maaf kt ko klau aku ade bwat silap kat ko, setiap manusia pasti melakukan kesilapan...

Wednesday, May 04, 2011

hihi :)

0 comments
hey, today I want to share about the one who I really care about (besides my parent, Muhammad S.A.W and ALLAH, and we're not more than a BFF). His/Her name is secret, because I want to avoid fitnah. btw, I didn't know much about him/her. however, he/she is a nice boy/girl. He/She have a nice attitude, better than all my friends. I prefer to share my secret with Him/Her than sharing with the others. Yes, I feel thankful for having a great friend like Him/Her. Hihi :) thnx for everything, my friend, eventhough we've just been making a better friendship since last month!

Monday, May 02, 2011

fikirkanlah

0 comments
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut


Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat

Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja

mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.

Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.

Kesimpulannya,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.

Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah dengan sesama kita.

Thursday, April 28, 2011

lalala

0 comments
So there's this fella with a parrot. And this parrot swears like a sailor. I mean he's a pistol. He can swear for five minutes straight without repeating himself.
Trouble is, the guy who owns him is a quiet, conservative type, and this bird's foul mouth is driving him crazy.
One day, it gets to be too much, so the guy grabs the bird by the throat, shakes him really hard, and yells, "QUIT IT !".
But this just makes the bird mad and he swears more than ever.
Then the guy gets mad and says, "OK for you", and locks the bird in a kitchen cabinet. This really aggravates the bird, and he claws and scratches, and when the guy finally lets him out, the bird cuts loose with a stream of vulgarities that would make a veteran sailor blush.
At that point, the guy is so mad that he throws the bird into the freezer. For the first few seconds, there is a terrible din. The bird kicks and claws and thrashes. Then it suddenly gets very very quiet.
At first the guy just waits, but then he starts to think that the bird may be hurt. After a couple of minutes of silence, he's so worried that he opens up the freezer door.
The bird calmly climbs onto the man's outstretched arm and says: "Awfully sorry about the trouble I gave you. I'll do my best to improve my vocabulary from now on."
The man is astounded. He can't understand the transformation that has come over the parrot. Then the parrot says, "By the way, what did the chicken do?"

Saturday, April 23, 2011

segalanya telah berlalu

0 comments

satu, dua, tiga... tidak aku sangka, enam bulan lima hari telah pun berlalu, aku sepatutnya menyambut bulan ke-6 bersamanya. mengingat kembali tarikh 17/10/10 telah membawa diriku kembali ke masa silam...

     diriku teringat akan hari pertama diriku masuk ke dalam kelas baru ku, iaitu kelas 1 KAA 2. di hari pertama, aku terlihat akan wajah yang sungguh indah, bersih dan suci. pada saat itu, diriku telah dilanda 1001 pertanyaan. aku bagaikan dipanah busur cinta. setiap hari, aku pandang akan wajahnya, sehingga aku tidak sedar akan perkara yang berlaku di sekelilingku. 

     'dia bagaikan bidadari yang berterbangan di kayangan,' kata diriku sendirian. Setelah 3 bulan perkara sedemikian berlaku, aku telah menerima ''friend request' daripada dia. aku masih tidak tahu siapa dia, sehinggalah aku mula bertanya kepada dia. Segala-galanya telah berubah bila kami semakin rapat. Di akhir bulan lima, aku telah diuji. ketika aku sedang memeriksa 'facebook profile' kawan-kawanku, aku telah terbuka profil 'Dania Imaan'. aku membuka gambar-gambarnya, dan hatiku secara tidak disedari telah berdegup kencang.

     rahsiaku tidak bertahan begitu lama. hanya seminggu. walaupun aku sudah jatuh hati kepada insan bernama 'Dania Imaan', tetapi, hatiku tetap pada dirinya. Tidak lebih dari sebulan aku ter'kantoi', satu sekolah telah pun kecoh pasal aku dan Dania. Juga, ramai yang telah memberi semangat kepadaku. Aku tidak boleh melupakan perkara ini. 


     masa bersilih ganti. 5 bulan telahpun berlalu. aku memikirkan masa hadapanku. apa yang akan terjadi? segalanya telah terjawab pada 17 haribulan, tarikh yang bermakna dalam diriku. Dalam lingkungan masa pukul 9.50-10.00 malam, aku telah mengaku kepada dia.


     aku tersenyum bila dia membalas sms ku dengan perkara yang aku tidak terfikir dia akan menyatakannya. akhirnya, impian ku tercapai pada malam itu juga. aku gembira bagaikan pelajar SPM yang mendapat 11 A+. Muka ku sentiasa berseri sejak itu. tetapi, ianya hanya bertahan untuk 4 bulan...

     bulan 2 tahun 2011. aku tak akan melupakan kejadian itu. sejak daripada itu, aku sudah jarang ber sms dengan dia, dan akhirnya, tidak pernah. aku tahu, die sudah mempunyai lelaki lain untuk menjaga dia. aku tersedar dari lamunan. aku juga tersedar, air mataku menitis. banyak kenangan indah yang telah dalalui bersama dengan dia selama ini dan tidak mungkin untuk aku melupakannya. aku kembali melihat keadaan sekeliling. aku terlupa kini aku berada di sekolah. aku melihat gelagat kawan-kawanku bermain riang.

     semua yang telah aku harungi bersama die tidak akan aku lupakan. dan, 'dia' itu adalah, NURUL HIDAYAH.


*based on my true story

Saturday, April 02, 2011

lalala~

0 comments
daa lame tak update psl diri aku kan? okay, arini aku nak update pasal diri aku. skrg ni, aku nyer hubungan dah mkin teruk, hari ke hari.. aku xtau la mcm mane nak baiki balik hubungan ni.. hanya ALLAH je la yang boleh tolong... okay, tht's all. sikit je? lantak aku lah, ni blog aku :P n dh sminggu aku x update blog

Monday, January 17, 2011

GAMBARAN HARI KIAMAT

0 comments
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Friday, January 14, 2011

sorry to you.....

0 comments

sorry, sbb aku dah kacau perjalan kau... sebab aku, ko terpakse berhenti... aku dah kacau kau selama ni... sorry, n slmt tnggl............ (>._<) aku xnak kacau perjalana hidup ko lagi... sorry again.....

My friend's blog

Anda Dialu-alukan untuk melawat blog saya. buat macam ianya millik anda. terima kasih.