Saturday, December 07, 2013

Honest.

Hi, assalamualaikum :) Alhamdulillah dah 16 Tahun aku hidup di bumi Allah ni :) harini aku nk tulis sikit, dgn sejujurnya, tentang aku pada zaman kegelapan dulu. Alhamdulillah skrg ni aku dah berjaya  ni,and aku rasa maybe aku ptut tulis sikit tentang diri aku agar dijadikan pengajaran untk aku n org2 yg baca post ni di masa2 akan datang.
Aku ni dulunya boleh dikatakan,'syaitan bertopengkan manusia'. Mmg setan ah, tapi bezanya dalam bentuk manusia. Tau2 la kan. Lupa daratan orangnya. Aku ni berlagak baik. Depan orang baik gila gila, tapi hati busuk sebenarnya. Puasa pun susah, balik sekolah curi2 minum air (masa sekolah rendah la). Bila suruh solat, aku masuk bilik, buat2 ambil wudhu then buat2 tgh solat. Ada byk lagi benda2 buruk aku pernah buat, tapi xnak la cerita yg tu, xmanis dilihat. Mmg teruk lah, susah gak nk cerita. Nak kata aku salah pilih kawan, kawan-kawan aku semua baik2, rajin solat, pergi masjid, mengaji, dsb.nak kata salah parents aku, diorg didik aku dgn baik, smua benda yg dilarang dalam islam parents aku xbagi buat, n slalu ingtkan buat perkara2 wajib dan mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar. Jadi kat mana kesilapan aku, smpai aku boleh tersesat sejauh ni?
Perangai aku kekal macam ni smpai la ke akhir tingkatan 3. Start time ni aku dh slow sikit buat bnda2 jahat ni, tapi still ada skip2 solat. Masuk form 4 pulak, tahun yg paling mencabar bagi aku. Tahun aku mula masuk asrama, dimana aku mula terdedah dengan alam diluar kawalan ibu bapa. Iman aku still x kuat mana time ni (mmg tak kuat pun) so aku pun start terikut2 perangai kawan2 aku. Alhamdulillah, lama kelamaan, kematangan mula menguasai diri. Aku mula slow balik lepas 'mengganas' lebih kurang 4 bulan. Solat aku dh steady, alhamdulillah dh x tinggal mcm dulu lagi. Lpas tu, cuti sekolah pun bermula. Masa cuti ni lah, perubahan paling ketara berlaku. Perubahan ni berlaku bila aku mula2 berjumpa ngan crush aku skrg ni. Since aku kenal dia, semangat aku untk menjadi lebih baik semakin menebal. Objektif aku skrg ni ialah untk mempersiapkan diri menghadapi alam dewasa, dan menyediakan bekalan untk alam akhirat. Aku dah taknak terjebak dengan dunia kegelapan ni. Alhamdulillah, Allah telah mempertemukan aku dgn dia untk dijadikan semangat untk aku berubah. Aku mmg bersyukur sgt2. Aku harap aku xkan kembali ke lembah kegelapan lagi sekali, kerana didalam lembah itu sangat menyedihkan dan memilukan. Aku sentiasa dalam keadaan gelisah masa zaman jahil dulu. Aku lupa Allah, aku lupa asal usul aku. Aku fikir aku ni dh bagus sgt. Mmg teruk2. Mmg menyedihkan.
Hmmm aku rasa cukup la ni. Cerita byk2 bosan pulak nnt haha :P ok la, sekian saja, assalamualaikum :) jazakallah kerana membaca post ni :)

0 comments:

Post a Comment

My friend's blog

Anda Dialu-alukan untuk melawat blog saya. buat macam ianya millik anda. terima kasih.